Oleh Al-Faqir ila rahmati Rabbih:
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Email : zaharuddin@yahoo.com
Soalan spt berikut :
Assalamualikum,
Ust Zaharudin, ana ingin penerangan lanjut tentang tafsir ibnu Abbas seperti ditulis oleh anta spt berikut:
"Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn Abbas, diriwayatkan dari sumber yang tidak
dipercayai dan pembohong iaitu al-Kalbi dan As-Suddi dan al-Muqatil.
Demikian menurut Al-Imam as-Suyuti."
Setahu ana Ibnu Abbas adalah satu-satunya ahli tafsir dari kalangan sahabat. Dan banyak dari tafsirnya diambil oleh ulamak assalaf hinggalah kini, bahkan juga ramai para sahabat mengambil pengertian quran daripada beliau. Ana ingin mendapat penjelasan lanjut setakat manakah pembohongan dalam kitab tafsir tersebut.
Wallahu'alam.
Jawapan :
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat bg junjungan mulia Nabi SAW , ahli keluarganya dan sahabatnya serta pejuang2 Islam hingga ke hari qiamat.
Terima kasih di atas pembacaan dan penelitian.
Memang benar sbgmn yang disebutkan oleh Imam As-Sayuti (911 H) bhw setiap penuntut ilmu tafsir perlu berhati2 dalam menerima kandungan tafsir ini.
Bukanlah ia bermaksud Ibn Abbas ra menyeleweng dalam pentafsirannya, tetapi apa yang dimaksudkan adalah sanad perawi yang mengambil daripada Ibn ‘Abbas itu ternyata tidak boleh terpercayai. Manakala kita perlu membezakan riwayat yg diambil oleh ulama’ tafsir lain adalah drpd riwayat ketiga individu yang disebut. Biasanya ulama’ tafsir yg lain tidak mengambil dr riwayat ketiga individu ini..perkara ini agak popular dlm pengetahuan ulama’ khusus dlm bidang tafsir. Selain itu, ramai juga ulama’ tafsir yang tidak mengambil dari kitab tafsir ini tetapi dr sumber2 lain dan riwayat2 lain yang banyak. Wallahua’lam.
Apabila difokus kpd kitab Tanwir al-Miqbas, maka nama yang kerap terpapar di dalam sanad Tafsir Ibn ‘Abbas ini adalah Al-Kalbi, As-Suddi dan al-Muqatil.
Justeru, jwp ini akan menketegahkan perkara berikut:
Latar belakang Al-Kalbi dan sejauhmana tohmahan ulama’ terhdp ke’pembohongan’ kalamnya.
Contoh2 penyelewengan oleh al-Kalbi di dalam Tafsir Ibn ‘Abbas.
Akibat kekurangan ruang masa, maka cukuplah sekadar kita mengetahui 3 aspek tadi secara ringkas tetapi padat.
Latar Belakang Al-Kalbi
Nama penuhnya adalah Muhammad Bin As-Saib Bin Basyr Bin ‘Amru Bin ‘Abd Haris Bin Abd Uzza al-Kalbi (demikian bacaan yg tepat, dgn huruf lam dimatikan) Seorg yang dikira ahli Tafsir. Menurut ‘Amru Bin ‘Abdullah al-Hadrami, Al-Kalbi meninggal dunia di Kufah tahun 164 H. Pembaca perlu berhati2 dlm melihat nama ini di dalam mana kitab Jarh wa at-ta’dil krn terdpt 3 nama Muhd bin As-Saib. Pastikan dihujung nama disebut al-Kalbi.
Bapanya As-Saib adlh salah seorg yang keluar berperang di dalam perang Jamal mewakili kumpulan Saidina ‘Ali KW.
Berkata al-‘Uqaili: mrk (Al-Kalbi) adalah termasuk di dlm kumpulan Syiah ar-Rafidah serta ashob Abdullah Bin Saba’ Al-Yahudi. Malah Al-Kalbi pernah menepuk dadanya sambil berkata aku dr kumpulan Sabaiyyah, aku dr kumpulan Sabaiyyah. ( Rujuk Tahzib at-Tahzib , Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolani, Dar Ihya at-Turath al-Arabi, Cet kedua, Jld 5 , hlm 117)
Cukuplah sekdr itu, berkenaan latar belakang al-Kalbi.
Tohmahan Para Ulama’ Rijal Terhadapnya.
Berkata Abd Wahid Bin Ghias drpd Abd Rahman Bin Al-Mahdi (Imam dlm Hadith dan Ilmu Rijal, individu yang meminta Imam Syafie menulis kitab yg menganudingi nasikh mansukh dll yang dinamakan Ar-Risalah) : Telah berkata Abi ‘Amru bin ‘Ala’ bhw : “Aku bersaksi bhw Al-Kalbi itu Kafir.” Apabila ditanya mengapa disangka begitu.
Ia menjawab bhw Yazid bin Zari’ berkata: Aku mendengar Al-Kalbi menyatakan “ Sesungguhnya Jibrail turun membawa wahyu kpd Nabi SAW, kemudian Nabi bangun utk menunaikan qada’ hajat, maka duduk Saidina ‘Ali di tempatnya lalu diberikan wahyu itu kpd ‘Ali.”
Berkata Ma’tamar Bin Sulaiman dari Bapanya : “ Sesungguhnya di Kufah terdpt dua org pembohong besar, salah seorng daripadanya Al-Kalbi dan seorg lagi as-Suddi. Demikian juga menurut Laith Bin Abi Salim.
Berkata Abu Ahmad, Al-Hakim (sohib al-Mustadrak) dan Ad-Dar Qutni : Al-Kalbi termasuk kumpulan ‘Matruk’
Berkata al-Jujazani : Kazzab Soqit ( كذاب ساقط)
Berkata Ibn Hibban : Jelas pembohongannya apabila ia mengetakan ia menriwayatkan tafsir Ibn Abbas drpd Abu Soleh, padahal Abu Soleh tidak mendegar drpd Ibn Abbas. Tidak halal berhujjah dgnnya.
Berkata Zakaria as-Saji : ‘Matruk al-Hadith’. Ia adalah terlalu lemah krn melampaunya ia dlm pegangan Syiahnya
Semua kalam2 di atas bersumberkan drpd Tahzib at-Tahzib oleh Ibn Hajar al-‘asqolani.
Berikut kalam drpd Kitab Mizan al-I’tidal oleh al-Hafiz az-Zahabi ( …) Dar al-Fikr, Jld 4, hlm 556- 558:
Berkata Imam Sufyan ath-Tawry : Al-Kalbi berkata ia meriwayatkan dr Abu Soleh; tetapi Abu Soleh mengatakan padaku (Sufyan) : “Kamu telitilah setiap apa yang kononnya diriwayatkan dariku dari Ibn Abbas, jgnlah kamu mengambilnya”
Berkata Imam Sufyan Ath-Thawry lagi : “ Takutlah kamu akan Al-Kalbi” ( ia bermaksud takutilah riwayat pembohongannya).
Berkata Imam al-Bukhari : Al-Kalbi tidak diterima oleh Yahya Bin Ma’ien dan Abd Rahman al-Mahdi. Dan telah aku dengar dr Yahya dari Sufyan, bhw Abu Soleh berkata : setiap apa yang disebutnya dr aku adalah bohong”
Berkata Ahmad Bin Zuhair : Aku berkata kpd Imam Ahmad Bin Hanbal : “Adakah boleh untuk merujuk kitab tafsiran dr Al-Kalbi? Imam Ahmad menjawab : Tidak.
Berkata Ibn Hibban : “Al-Kalbi dr kumpulan Abdullah Saba’ yg mempercayai bhw Ali tidak mati, lalu Ali akan kembali ke dunia dan memenuhkan dunia dgn kebenaran sbgmn dipenuhi sblmnya dgn kezaliman, dan sekiranya ia melihat awan, mrk akan berkata : sesungguhnya Ali berada di dlmnya.”
Kesimpulan dari Al-Hafiz Shamsuddin Az-Zahabi : “ Dia mengatakan bhw dia meriwayatkan dr Abu Soleh yg diambil dr Ibn Abbas ilmu tafsir, tetapi Abu soleh tidak pernah melihat Ibn Abbas, dan tidak pula Al-Kalbi mendengar dr Abu Soleh.”
Sekiranya menyebutnya di dalam kitab pun tidak dibolehkan, apatah lagi utk berhujjah dgnnya” ( Mizan I’tidal, Al-Hafiz Az-Zahabi, hlm 558)
Justeru, amat jelas bgmn pendirian para ulama’ hadith, rijal dan feqh dalam menilai setiap riwayatan dr Al-Kalbi. Pembaca harus mengetahui bhw Tafsir Ibn Abbas dipenuhi dgn riwayat drpd ketiga2 individu tadi, terutamanya Al-Kalbi.
Contoh Penyelewengan riwayat Al-Kalbi Dalam Tafsir Ibn Abbas dan lainnya.
Berikut adalah terjemahan dari tafsiran ayat pertama surah al-Baqarah:
Dgn isnad drpd Abdullah Bin Mubarak berkata : dari Ali Bin Ishak as-Samarqandi dari Muhd bin Marwan dari Al-Kalbi dari Abu Soleh dari Ibn ‘Abbas pada menyatakan tafsir kalimah ( الم) beliau mengatakan Alif ( أ) itu Allah, Lam (ل ) itu Jibrail, Mim (م )itu Muhammad. ( Sila lihat Tanwir al-Miqbas, awal surah al-Baqarah, dlm semua cetakan)
Pembaca harus melihat sanad riwayat yang kononnya diambil drpd Ibn Abbas ini, terdpt Al-Kalbi yang kononnya mengambil drpd Abu Soleh. Inilah yang disebut oleh ulama di ats tadi. Hakikatnya tafsiran dan takwilan ini bukanlah dari Ibn ‘Abbas.
Riwayat kedua : Telah kami diberitahu drpd Ahmad Bin Abd Jabar, daripada Abu Bakar bin ‘Iyash dari Al-Kalbi dari Abu Soleh dari Ibn ‘Abbas, bhw Nabi SAW bersabda : Setiap yg memabukkan haram, maka berkata seorg lelaki : “ Sesungguhnya minuman ini kiranya diminum banyak nescaya akan memabukkan kami? Jwb Nabi : Bukan begitu, apabila diminum 9/10 maka belm mabuk, maka tidak mengapa dan apabila diminum 10/10 lalu mabuk, lalu ketika itu barulah jatuh haram”
Inilah riwayat yg palsu dr Al-Kalbi, drpd pembohongannya. (Sila Rujuk Mizan al-I’tidal oleh az-Zahabi, Dar al-Fikr, jld 3, hlm 557 )
Begitulah dua contoh penyelewengan al-Kalbi yang dinisbahkan dari Ibn Abbas. Banyak lagi contoh2 boleh dilihat terutamanya di dalam ayat2 mutasyabihat dan lain2 di dalam tafsir Tanwir al-Miqbas, saya tidaklah mengatakan bhw keseluruhan tafsir tersebut tidak boleh dipakai, cuma Imam al-Sayuti mengingatkan muslimin agar meneliti riwayat yg disandarkan kpd Ibn Abbas sebelum menerimanya. Riwayatan Al-Kalbi dari abu Soleh paling jelas, tidak boleh diterima selain As-Suddi dan al-Muqatil.
Pembaca bolehlah merujuk kitab2 naqd rijal yang lain bagi maklumat lanjt spt Tahzib al-Kamal oleh Imam Yusof al-Mizzi, Al-Jarh wa at-Ta’dil oleh al-Razi, At-Tarikh oleh Ibn Ma’ien atau juga karangan Imam Al-Bukhari dll sbgmn yang telah dinyatakan dlm artikel Panduan Sumber Ilmu Hadith yang telah disertakan dahulu.
Semoga jawapan yang diberikan menepati kehendak soalan dari penyoal.
Yang benar dari Allah, yang tersilap dr kelemahan diri.
Sekian,
30 Rabi’ul Akhir 1423 H
11 Julai 2002
Jordan
Tags:
tafsir ibnu abbas