ibadah haji


MELAKSANAKAN ibadah haji adalah satu kewajipan yang difardukan oleh Allah s.w.t. manakala umrah adalah sunat. Ramadan yang merupakan bulan penuh keberkatan dan kemuliaan, memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Justeru itu, ramai yang mengambil kesempatan mengerjakan umrah semasa Ramadan bagi memperoleh nikmat beramal ibadat di Tanah Suci Mekah.

Kelebihan

Malah Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran pahala yang sama bagi orang yang melakukan umrah pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang melakukan umrah pada bulan Ramadan, pahalanya sama seperti melakukan ibadat haji. (Riwayat oleh Atta’ yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim). Kelebihan mengerjakan umrah juga dijelaskan dalam riwayat Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Mengerjakan umrah adalah penebus dosa di antara dua umrah yang dilakukan.

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menunaikan haji, maka andainya haji itu diterima Allah s.w.t., maka ganjarannya adalah syurga Allah dan segala kenikmatannya. (Riwayat Abu Hurairah).

“Untuk melakukan ibadah, bulan yang paling sesuai ialah pada bulan Ramadan kerana terdapat fadilat Lailatulqadar. Bagi yang berkemampuan, tempat yang paling istimewa untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. adalah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post