Ilmu-ilmu yang dihukumkan mempelajarinya merupakan suatu Fardhu ain ialah tiga :
Pertama : Ilmu Tauhid yang dinamakan ilmu Usuluddin, juga dinamakan ilmu ‘Aqidah.
Kedua : Ilmu Syari’at yang dinamakan ilmu Furu’, juga dinamakan ilmu Feqah.
Ketiga : Ilmu Batin yang dinamakan ilmu Suluk dan ilmu Thariqat, juga dinamakan ilmu Tasawuf.Semua termasuk di dalam Hadis s.a.w:
Artinya : Anggaran ilmu Tauhid yang dihukumkan mempelajarinya itu Fardhu ‘Ain ialah mengetahui Zat Allah Ta’ala,semua sifatNya yang salbiah dan yang tsubiyah dan semua perbuatanNya, begitu juga mengenal penghulu kita Nabi s.a.w.,mengetahui mengenai semua Rasul alaihimus-shalatu-wassalam dan ajaran-ajaran yang mereka sampaikan, dan beriman dengan semua itu seperti mana yang akan diperkatakan di dalam ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin atau ilmu ‘Aqaid di dalam buku ini insya Allah. Setakat ini memadailah mempelajari ilmu Tauhid yang terdapat di dalam buku ini dan di dalam Ihya’ Ulumiddin sebagai Fardhu ‘Ain.Sementara melakukan lebih daripada itu seperti menghuraikan dalil-dalil dan menolak perkara-perkara syubhat yang dikemukakan oleh sesetngah pihak, ianya adalah Fardhu Kifayah bukan Fardhu ‘Ain dan orang yang suluk mengikut jalan Akhirat tidak disuruh memperbanyak pengajian terhadap ilmu Usuluddin yang dihukum mempelajari sebagai Fardhu Kifayah.Ia hanya diminta mengetahui mana yang dihukumkan Fardhu ‘Ain sahaja.Kerana inilah Asy-Syeikh Al-`Arif-‘Arif Billah Syeikh Qasim Al-Halabi berkata di dalam bukunya berjudul “Sairus-Suluk”: Dan tidak patut seseorang suluk mengikuti jalan Akhirat itu, menyelami ilmu ‘Aqaid iaitu ilmu Usuluddin kerana tiada sebarang faedah baginya dengan penyelaman itu, sebaliknya ia hendaklah mengambil sekadar yang diperlukan sahaja iaitu sekadar yang dihukumkan mempelajarinya sebagai Fardhu ‘Ain.” Anggaran ilmu Feqah yang dihukumkan mempelajarinya itu Fardhu ‘Ain ialah berhubung dengan thahharah, fardhu shalat dan puasa,mengeluarkan zakat apabila cukup nisab dan menunaikan fardhu haji apabila berkemampuan,begitu juga mengetahui perkara-perkara yang membatalkan shalat,puasa,zakat, dan haji. Mempelajari ilmu Feqah lebih daripada yang telah disebutkan itu adalah Fardhu Kifayah, dan orang yang suluk tidak diminta mempelajari ilmu Feqah yang Fardhu Kifayah itu.Kerana inilah Imam Ghazali Rahimatullah Ta’ala ketika memperkatakan mengenai guru yang mengajarkan ilmu dan murid yang menuntut ilmu, di dalam bukunya Bidayatul-Hidayat telah menyebut: “Dan guru hendaklah menahan murid daripada terlibat mempelajari ilmu yang Fardhu Kifayah sebelum selesai daripada mempelajari ilmu Fardhu ‘Ain (yang tiga itu iaitu ilmu Tauhid, ilmu Syari’at dan ilmu Batin).”
Tags:
Fardhu ain